ARKIB

KATEGORI

Tular

Dua wanita alami detik cemas Myvi dihanyut arus deras dalam longkang

Tular

Views

Dua wanita berdepan detik cemas apabila kereta Perodua Myvi dinaiki mereka dihanyutkan arus deras selepas ia terbabas ke longkang di Jalan Johor Bahru-Mersing hari ini.

Video berdurasi 14 saat mengenai detik cemas itu turut tular di media sosial memaparkan detik seorang wanita yang berpakaian gelap berpaut pada bahagian belakang kereta yang dihanyutkan arus, sambil meminta tolong.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Turut kelihatan tindakan berani seorang lelaki terjun ke longkang untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Hussin Zamora mengesahkan kejadian membabitkan kereta dinaiki dua wanita berusia berusia 37 dan 43 tahun.

Siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas ketika melalui jalan dinaiki air dan masuk ke longkang besar sebelah kanan jalan menghala Kota Tinggi.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Kedua-dua mangsa diselamatkan orang awam apabila kenderaan dihanyutkan arus air yang deras.

Pemandu tidak mengalami kecederaan, manakala penumpang cedera ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kota Tinggi.

Dalam pada itu, Hussin menasihatkan orang awam lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas untuk keselamatan bersama, terutama ketika musim tengkujuh. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply