ARKIB

KATEGORI

Tular

UMW Toyota Motor jual 108,107 unit kenderaan pada 2023, meningkat 7 peratus berbanding 2022

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menutup 2023 dengan prestasi jualan positif selepas menjual 108,107 unit Toyota dan Lexus berbanding 101,035 unit pada 2022.

Pencapaian jualan UMWT tahun lalu, adalah tujuh peratus lebih tinggi berbanding 12 bulan 2022. Bagi Disember, UMWT terus mencatatkan aliran jualan positif sebanyak 10,402 unit terdiri daripada 10,079 unit Toyota dan 323 unit Lexus.

Selain itu, UMWT turut merekodkan 1,342,130 pelanggan kembali kepada perkhidmatan selepas jualannya tahun lalu, sekali gus mempamerkan komitmen terhadap kepuasan pelanggan dan kecekapan penjagaan automotifnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata syarikat itu terus berusaha untuk menawarkan pengalaman mobiliti yang diperkaya menerusi jenama Toyota, selain meluaskan akses kepada pemilikan untuk bakal pelanggan.

Ujarnya, “komitmen kami untuk mencapai kecemerlangan dan memupuk inovasi dalam industri automotif kekal tidak berbelah bahagi, memastikan tawaran terbaik untuk pemandu dan pihak berkepentingan kami”.

Beliau turut berterima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi sehingga ke akhir tahun.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Menurut UMWT, Toyota mengukuhkan komitmennya untuk menyokong matlamat bercita-cita tinggi Malaysia bagi mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang 2050, sasaran penting di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Ravindran berkata, UMWT sentiasa mengekalkan standard dan kualiti tertinggi dalam kenderaan mereka, ditambah pula dengan mengukuhkan kepuasan pelanggan.

“Sementara kami menantikan 2024, tumpuan kami adalah pada memperkenalkan lebih banyak model, terutamanya dengan penekanan pada teknologi xEV,” katanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply