ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak pakai pelitup muka – Polis siasat Tajuddin

Berita Tempatan

Views

Polis menjalankan siasatan berhubung rakaman video menunjukkan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak memakai pelitup muka, yang tular di media sosial, semalam.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku ketika beliau mengadakan sidang media selepas meninjau kemalangan tren di stesen transit aliran ringan (LRT) KLCC, semalam.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 21A, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Selain itu, siasatan juga dijalankan mengikut Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Tambah beliau, semua pihak yang terbabit dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Katanya, kertas siasatan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebaik siasatan selesai dijalankan. Orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ujar beliau lagi, kegagalan mematuhi SOP membolehkan tindakan tindakan diambil mengikut undang-undang dan peraturan berkuat kuasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply