Rakesh-Dakshina from Madurai, who rented a plane for two hours and got married in the wedding sky. Family members who flew from Madurai to Bangalore after getting married by SpiceJet flight from Bangalore to Madurai. #COVID19India #lockdown @TV9Telugu #weddingrestrictions pic.twitter.com/9nDyn3MM4n
— DONTHU RAMESH (@DonthuRamesh) May 23, 2021
Bagi mengelak sekatan yang dikenakan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, pasangan pengantin di India mengambil keputusan untuk adakan majlis perkahwinan mereka ketika berada di udara.
Menurut Astro AWANI, BBC melaporkan, pasangan tersebut menyewa sebuah pesawat bagi mengadakan majlis perkahwinan mereka bersama 160 tetamu jemputan. Rakaman majlis tersebut dikongsi di akaun media sosial dan kini dalam siasatan pihak berkuasa.
JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!
Pesawat berkenaan dipercayai berlepas dari Tamil Nadu yang mengehadkan bilangan tetamu majlis perkahwinan kepada 50 jemputan sahaja. Seorang pegawai daripada Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) memberitahu Times of India, seorang anak kapal yang bertugas di pesawat SpiceJet ketika kejadian, telah digantung kerja.
Menurut jurucakap SpiceJet, pesawat Boeing 737 itu ditempah untuk perjalanan dari Madurai ke Bangalore bagi membawa pasangan pengantin itu berbulan madu, lapor Indian Express. Jelasnya ketika membuat tempahan, pasangan berkenaan telah diberitahu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan syarikat berkenaan serta larangan adakan sebarang majlis di dalam pesawat.
JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?
India kini berdepan gelombang kedua COVID-19 dengan angka korban melepasi 300,000 kes, menurut data Kementerian Kesihatan. Hospital dan pusat pembakaran mayat sesak sejak beberapa minggu lalu menyebabkan kekurangan bekalan oksiden selain pembakaran mayat dilakukan sepanjang hari.
Ramai yang tidak mampu membayar kos pembakaran mayat terpaksa mengebumikan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19 di tepi sungai Ganges secara haram. Mayat mangsa turut dilaporkan terapung di sungai berkenaan.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI