ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak puas hati kereta bergesel, lelaki pukul pemandu Mercedes-Benz dengan kayu ditahan

Tular

Views

Lelaki yang mencederakan seorang peniaga kerana tidak puas hati selepas kereta bergesel di Kilometer 18, Jalan Johor Bahru – Air Hitam, kelmarin, sudah ditahan polis.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid, berkata suspek berusia 39 tahun ditahan jam 4.50 petang hasil makluman orang awam.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Katanya, siasatan awal mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau. Semalam tular video berdurasi sembilan saat membabitkan seorang individu telah dipukul di tengah lebuh raya berkenaan.

Siasatan polis mendapati kejadian itu jam 3.10 petang kelmarin, semasa mangsa yang berusia 57 tahun memandu sebuah kereta Mercedes-Benz dalam perjalanan dari Muar ke Bukit Indah.

Ketika memandu di lorong tengah, tiba-tiba sebuah kereta Proton Waja warna perak dipandu suspek lelaki tempatan yang memandu di lorong kanan telah mengubah haluan dan masuk di hadapan kereta mangsa.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Tindakan itu menyebabkan kereta yang dipandu suspek dan mangsa bergesel sebelum masing-masing memberhentikan kenderaan di tepi jalan.

Selepas itu berlaku pertengkaran antara mereka, sehingga mencetuskan pergaduhan sebelum suspek menggunakan objek tumpul untuk mencederakan mangsa.

Tambah beliau, mangsa cedera di kepala dan lebam tangan kiri. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta berhubung dengan IPD Johor Bahru Utara menerusi talian 07-55631222.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply