ARKIB

KATEGORI

Tular

Fenomena Yamaha RX-Z ‘berjangkit’ pada Honda EX-5 Dream, harga cecah RM12k!

Tular

Views

Selepas Yamaha RX-Z menggemparkan arena permotoran dengan harga jualan tidak masuk akal mencecah puluhan ribu ringgit, kini fenomena itu ‘berjangkit’ pula kepada jenama Honda.

KOSMO! ONLINE melaporkan, menerusi satu perkongsian di laman Facebook, harga terkini bagi sebuah motosikal Honda EX-5 Dream baharu mencecah RM12,000 iaitu naik lebih sekali ganda pada harga asalnya dahulu.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Harga asal motosikal tersebut sebelum ini adalah bawah RM5,000. Berdasarkan perkongsian tersebut motosikal yang diletakkan di sebuah kedai itu dikatakan dalam kondisi ‘NOS’ (New Old Stock) dan tidak pernah digunakan lagi.

Difahamkan, kebanyakan motosikal Ex-5 Dream dan High Power kini melambung harganya selepas tiada lagi pengeluarannya selepas ia digantikan dengan model baharu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna terkejut dengan harga motosikal itu ketika ini dan mereka menyifatkan bahawa harga tersebut tidak masuk akal.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

“Simpan buat denak sajalah, sampai RM12,000, RM13,000, baik beli kereta dah tentu tayar empat. Hujan panas tak kena,” tulis Sabri Gerik.

“Rugi beli sampai RM12,000, di kampung aku original Ex-5 pak long depan rumah nak jual RM3,000 je,” kata Black Raiders. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jamsari.

“Motosikal harga RM12,000 inilah aku bagi ‘free’ dekat kawan aku sebab dia tak ada kenderaan nak pergi kerja. Motosikal baru aku letak di rumah tak guna, jadi aku bagi kawan aku guna tanpa minta satu sen pun. Selepas motosikal itu kena curi, cuma tinggal geran saja,” ujarnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply