ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Tak tahan nak terkucil’, antara alasan guna lorong kecemasan

Berita Tempatan

Views

Amaran demi amaran dikeluarkan Polis Diraja Malaysia ternyata tidak memberi kesan ke atas segelintir pemandu yang tetap berdegil menggunakan lorong kecemasan dan memotong barisan sepanjang Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina.

Menurut Sinar Harian, tinjauan bersama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Utara-Selatan mendapati pemandu terbabit sedar melakukan kesalahan, bagaimanapun pelbagai alasan diberikan bagi mengelak dari disaman.

Antara alasan yang diberikan pemandu terbabit apabila ditahan anggota bertugas, antaranya ‘tidak tahan untuk membuang air‘, dan ‘laluan dihalang kenderaan berat‘.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Ada juga segelintir pemandu meminta bukti daripada pihak polis yang menunjukkan mereka telah melanggar peraturan trafik ketika ditahan.

Dengan menggunakan dron, pihak polis mempunyai keupayaan untuk menonton suapan video dari jarak jauh dan merakam segala salah laku pemandu terbabit.

Bagaimanapun, selepas dipaparkan bukti rakaman video berkenaan ada jugaa segelintir individu terbabit yang masih tidak berpuas hati dan terus berdolak-dalik serta memberi pelbagai alasan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Radi Abd Rahman berkata, pemantauan menggunakan dron berkenaan banyak membantu polis bagi memastikan peraturan trafik sentiasa dipatuhi.

Katanya, kesalahan yang kerap dikesan sepanjang Op Selamat 19 adalah menggunakan lorong kecemasan.

Pihaknya membuat pemantauan bukan hanya menerusi Op Payung, tetapi juga menggunakan dron bertujuan mendatangkan kewaspadaan kepada pengguna jalan raya walaupun tiada kelibat anggota polis.

Tambah beliau lagi, penggunaan dron ini juga bertujuan menjamin kelancaran lalu lintas yang pada petang ini yang kita jangka akan berlaku kesesakan di beberapa kawasan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply