ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Kicks 327 Edition – SUV elektrik Kicks yang disumpah menjadi ‘sepatu New Balance gergasi’

Berita Global

Views

Nissan bersama jenama peralatan sukan New Balance, baru-baru ini telah berganding bahu mengolah rupa kasut 327 kepada model SUV elektrik Kicks, sebagai bahan utama satu kempen pemasaran.

Model Nissan Kicks e-Power 4WD yang menjadi asas kepada projek ini sebenarnya langsung tiada dalam perancangan untuk dikeluarkan.

SUV ini telah dibalut dengan pelekat khas yang melitupi keseluruhan badannya, termasuk tingkap sisi belakang, sekali gus menjadikan rupanya seperti kasut New Balance 327 bersaiz gergasi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Kicks versi kasut ini agak unik kerana ia turut dipasang dengan bumbung tambahan yang diletakkan pada rel para bumbungnya. Ini menjadikan rupa kasutnya lebih realistik kerana ‘lidah dan talinya’ ditarik hingga ke atas bumbung.

Model ini dikenali sebagai Nissan Kicks 327 Edition dan akan menjadi satu-satunya di dalam dunia. Ia bertujuan bagi mempromosi model SUV dan juga kasut tersebut.

Apa yang menarik, sesiapa yang berjaya merakam foto SUV itu ketika ia dipandu sekitar Jepun, boleh memuatnaiknya ke Twitter dan layak menyertai peraduaan khas.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Pemenang bakal membawa pulang sebuah Nissan Kicks e-Power 4WD dengan spesifikasi model domestik Jepun (JDM).

Bukan itu sahaja, Nissan juga akan memberikan sepasang kasut New Balance 327 kepada beberapa pengikut bertuah yang membuat ciapan semula (retweet) hantaran rasminya.

Bagi yang menetap di Jepun pula, mereka boleh terus berkunjung ke kedai New Balance di Ginza, Tokyo pada 24 Januari (semalam) untuk mendapatkan pelekat yang boleh ditukar dengan secangkir ‘macchiato‘ di Nissan Crossing Cafe.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply