ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tanah runtuh – Tujuh pemilik rumah diarah berpindah, sebuah Honda turut rosak

Berita Tempatan

Views

Pemilik tujuh buah rumah teres di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Puchong dekat sini terpaksa mengosongkan kediaman mereka selepas berlaku kejadian tanah runtuh malam tadi.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.26 malam itu, kesemua pemilik diarah berbuat demikian selepas runtuhan tanah itu berlaku berhampiran kediaman mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tanah runtuh itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 50 meter.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Jelasnya, akibat kejadian itu juga sebuah kereta jenis Honda yang diletakkan di hadapan rumah salah seorang penduduk turut mengalami kerosakan. Namun kejadian ini tidak melibatkan mangsa.

“Sebagai langkah keselamatan, kita telah mengarahkan penghuni tujuh rumah yang berhampiran kawasan tanah runtuh mengosongkan segera kediaman mereka kerana pergerakan tanah masih berlaku,”katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Bandaraya Subang Jaya

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply