ARKIB

KATEGORI

Tular

Tak sampai sejam keluar showroom Proton, X50 baru dibeli tenggelam dalam banjir kilat

Tular

Views

Dalam tempoh kurang daripada sejam, kereta baharu jenis Proton X50 yang dibeli sepasang suami isteri ditenggelami air susulan kejadian banjir kilat di Puchong pada Sabtu.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook, Azhazul Azri, adiknya yang merupakan jurujual sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang, namun kejadian malang berlaku sejam kemudiannya.

JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran

“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk mall (pusat beli belah), cuaca panas. Pergi makan, solat, bila keluar kereta dah tenggelam,” katanya pada Ahad.

Sebelum ini, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dilanda banjir kilat setinggi 0.6 meter susulan hujan lebat melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan ratusan pengguna lebuh raya terkandas.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?

Tinjauan Sinar Harian di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pasangan itu dan turut mendoakan segala urusan dipermudahkan Allah SWT.

Memetik komen Affandiey Fandy, orang ramai diingatkan supaya mengambil pelan perlindungan kereta khusus untuk menghadapi bencana alam berikutan cuaca yang tidak menentu di negara ini.

“Fuh seram bang, baru sejam dah kena (tenggelam),” ujar Mohd Ariff Helmi pula. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azhazul Azri

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply