Baru-baru ini kami ada naikkan satu artikel mengenai kes kecurian tayar kereta di sekitar Subang Jaya. Kali ini tayar kereta Perodua Myvi generasi baharu menjadi sasaran si pencuri di Pulau Pinang dan ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Menurut laporan dari Guang Ming Daily, setakat ini lebih daripada 20 unit Myvi baharu kehilangan tayar di sekitar Pulau Pinang dan besar kemungkinan ia dilakukan oleh kumpulan yang sama. Modus operandi kumpulan ini adalah dengan menyendal batu-bata terlebih dahulu bagi menaikkan kereta sebelum membuka tayar dalam masa yang singkat.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?
Kumpulan ini juga licik dan hanya mensasarkan kereta Myvi yang diletakkan di kawasan pakir pangsapuri dan kondominium, terutama sekali yang tidak diawasi oleh kamera litar tertutup (CCTV). Ada juga segelintir wargamaya yang melaporkan kes kecurian tayar Myvi yang dipakir di tepi jalan.
Agak melucukan, tayar kereta mewah seperti BMW dan Mercedes Benz langsung tidak diusik oleh kumpulan pencuri ini, hairan bin ajaib kan? Setakat ini pihak polis hanya menerima satu laporan oleh seorang lelaki pada 5 Mei lalu setelah kehilangan dua tayar kereta Myvinya, menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani.
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
Difahamkan, harga tayar Myvi model lama berharga sekitar RM350 manakala untuk model baharu pula harganya boleh dijual pada harga yang mampu mencecah ribuan ringgit. Mungkin faktor ini yang mendorong pencuri untuk mensasarkan tayar model tersebut selain popularitinya, menurut salah seorang pekerja kedai tayar.
Kami berharap kumpulan pencuri ini ditumpaskan secapat mungkin sebelum lebih ramai lagi pemilik Myvi menjadi mangsa. Pastikan anda meletak kenderaan ditempat yang selamat dan segera laporkan pada pihak polis sekiranya terlihat aktiviti yang mencurigakan.
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI