ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar pecah secara tiba-tiba, punca trak Mack milik keluarga Diraja Johor kemalangan

Berita Tempatan

Views

Sebuah trak ‘Mack’ dipercayai milik keluarga Diraja Johor terbabit dalam kemalangan di Kilometer 18.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, seorang anggota trafik di kaunter aduan menerima maklumat mengenai kemalangan itu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah trak Mack milik keluarga Diraja Johor dengan dua kereta.

Jelas beliau, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu disyaki berlaku apabila trak yang sedang bergerak dari arah utara lebuh raya itu pecah tayar secara tiba-tiba.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bagaimanapun pemandu trak tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Pada 10 Januari 2016, trak Mack termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan membuat kemunculan sulung di Malaysia.

Trak raksasa yang dipercayai mencecah RM1.4 juta itu dikesan oleh penunggang motosikal yang tidak melepaskan peluang dengan merakamkan gambar dan video. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply