Menurusi satu hantaran terkini di laman Facebooknya, Perodua hari ini secara rasminya membuka tempahan untuk model MPV tujuh-tempat duduk iaitu Alza 2022 (D27A).
Model ini ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan). Ia dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT dengan pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Power).
Berikut adalah senarai harga tentatif Perodua Alza 2022 (D27A) mengikut varian (harga tanpa insurans dan termasuk cukai jualan):
- Alza 1.5L X (CVT) – RM62,000
- Alza 1.5L H (CVT) – RM68,000
- Alza 1.5L AV (CVT) – RM75,000
Lima pilihan warna bakal ditawarkan dan berikut adalah senarai pilihan warna Alza 2022 (D27A) mengikut varian:
- Ivory White (solid)
- Glittering Silver (metalik)
- Elegant Black (metalik)
- Garnet Red (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
- Vintage Brown (metalik) – Tidak ditawarkan pada varian X
Berikut adalah perician ringkas Alza 2022 (D27A) mengikut varian:
Alza 1.5L X
- Lampu hadapan jenis LED dengan fungsi Follow-Me-Home dan Leaving Home
- Cermin sisi elektrik dengan lampu signal LED (boleh lipat secara manual)
- Tiada perehat tangan di belakang
- Kemasan tempat duduk fabrik
- Unit kawalan pendingin hawa digital (depan), manual (belakang)
- Paparan pelbagai info jenis LCD
- Pemain audio standard
- Advanced Safety Assist (A.S.A) – Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Penderia Bucu Belakang, Lampu Tinggi Automatik (AHB), Bantuan Mula Mendaki (HSA).
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Alza 1.5L H (Tambahan dari varian Alza 1.5L X)
- Lampu hadapan jenis LED dengan fungsi Follow-Me-Home dan Leaving Home dan lampu signal berurutan
- Cermin sisi elektrik dengan lampu signal LED (boleh dilipat secara automatik)
- Perehat tangan di belakang
- Kemasan tempat duduk fabrik
- Unit kawalan pendingin hawa digital (depan), manual (belakang)
- Paparan pelbagai info digital jenis TFT dengan paparan bersaiz 7-inci
- Unit infohibur dengan paparan bersaiz 9-inci
- Advanced Safety Assist (A.S.A) – Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Penderia Bucu Belakang, Kamera undur, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Lampu Pemanduan Adaptif (ADB).
Alza 1.5L AV (Tambahan dari varian Alza 1.5L H)
- Lampu hadapan jenis LED dengan fungsi Follow-Me-Home dan Leaving Home (dengan lampu signal berurutan)
- Cermin sisi elektrik dengan lampu signal LED (boleh dilipat secara automatik)
- Perehat tangan di belakang
- Kemasan tempat duduk separa kulit dwitona
- Unit kawalan pendingin hawa digital (depan), manual (belakang)
- Paparan pelbagai info digital jenis TFT dengan paparan bersaiz 7-inci
- Unit infohibur dengan paparan bersaiz 9-inci
- Advanced Safety Assist (A.S.A) – Amaran Keluar Lorong (LDW), Pencegahan Keluar Lorong (LDP), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Kawalan Kekal Lorong (LKC), Pemantau Titik Buta (BSM), Brek Parkir Elektronik (EPB) dengan Auto Brake Hold, Monitor Pandangan Panoramik 360 darjah, Amaran Lintasan Belakang (RCTA), Penderia Bucu Depan dan Belakang, Kamera undur, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Lampu Pemanduan Adaptif (ADB).
Untuk ruang penyimpanan, Alza 2022 (D27A) mempunyai kapasiti bagasi sebanyak 137 liter, dan 498 liter jika tempat duduk barisan ketiga dilipat. Dari segi keselamatan, kesemua varian didatangkan dengan 6 beg udara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya telah menambahbaik lega tanah model ini kepada 160mm, yang mana ianya adalah ketinggian terbaik untuk pemanduan Malaysia dan menyenangkan untuk sebuah MPV.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI