ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor buka tempahan Veloz serba baharu – Kembar Alza (D27A) versi premium, harga anggaran dari RM95k

Berita Tempatan

Views

Selang sehari selepas Perodua membuka tempahan untuk Alza 2022 (D27A), hari ini tiba giliran UMW Toyota Motor (UMWT) pula untuk menerima tempahan kembarnya, iaitu Toyota Veloz serba baharu.

Dilancarkan di Indonesia pada November tahun lalu, crossover premium tujuh-tempat duduk muncul sebagai model ketiga terlaris di negara republik itu pada April 2022.

Pengganti kepada Avanza di pasaran Malaysia ini hanya ditawarkan dengan satu varian sahaja, iaitu Toyota Veloz 1.5 A/T yang merupakan spesifikasi tertinggi dengan ciri-ciri termaju.

 

Lima pilihan warna ditawarkan, dua daripada merupakan dwitona berbumbung hitam iaitu Silver Metallic dan Blue Metallic, manakala selebihnya satu tona iaitu White, Metallic Bluish Black dan Red Metallic.

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran. K berkata, model ini crossover premium bakal ‘mencipta keseronokan pengembaraan’ yang boleh dibanggakan oleh pemiliknya.

Dipasang secara tempatan (CKD) di kilang yang sama dengan Alza 2022 (D27A), ia dikuasakan oleh enjin 1.5L  (2NR-VE) yang digandingkan bersama transmisi CVT 7-kelajuan.

Dari aspek keselamatan, Veloz 2022 dilengkapi dengan Toyota Safety Sense, selain Brek Parkir Elektronik (EPB).

 

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

Veloz 2022 turut dilengkapi dengan pad pengecas nirwayar “Qi”, lampu depan jenis LED, lampu siang LED (DRL), tayar 205/50R17, rim aloi 17-inci, rel para bumbung dan kawalan pendingin hawa automatik.

Harga anggaran atas jalan (OTR) bagi Veloz 1.5 A/T adalah dari RM95, 000 tidak termasuk insurans. Tempahannya kini dibuka mulai hari ini di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara.

Dalam perkembangan lain, Ravindran. K turut menzahirkan penghargaannya atas sokongan dari kerajaan Malaysia yang memberi pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sejak Jun 2020.

Jelasnya, prestasi jualan yang positif adalah hasil daripada inisiatif Kerajaan untuk memacu pemulihan industri automotif tempatan daripada kesan pandemik Covid-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply