ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan atas talian Proton X70 kini dibuka

Views

Mulai hari ini tempahan SUV serba baharu Proton kini boleh dibuat secara atas talian (online) di laman sesawangnya bermula jam 10 pagi 17 Oktober (hari ini) bagi membolehkan pelanggan menempah X70 di mana-mana sahaja menggunakan peranti dengan kemudahan internet. X70 juga merupakan model Proton yang pertama boleh ditempah secara dalam talian.

Pelanggan yang ingin berbuat demikian perlu untuk memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka. Selepas bayaran tempahan dilakukan, juga secara dalam talian, resit yang dihasilkan oleh sistem akan dihantar kepada e-mel pelanggan.

Kemudian, Proton akan melantik penasihat jualan untuk menguruskan pesanan dengan menghubungi pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan. Bagi tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan Proton, bayaran penuh akan dikembalikan sekiranya pelanggan mengubah fikiran mereka.

Sempena pelancaran portal tempahan dalam talian ini, Proton juga akan berkongsi maklumat lengkap mengenai X70 di laman sesawangnya termasuklah spesifikasi untuk setiap varian model. Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan, terutamanya berkaitan pilihan variasi dan warna, sama seperti mereka berkunjung ke bilik pameran dan menyaksikan aktiviti penjualan yang sebenar. Proton juga akan mengadakan jualan kilat atau flash sale dari 17-19 Oktober dan dalam tempoh tersebut, pelanggan yang menempah X70 melalui dalam talian hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM99.

JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas

Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata, setelah mengkaji pilihan pengguna dan trend pasaran, inilah masa yang tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan dalam talian kepada pelanggan. Platform ini membolehkan tempahan dibuat dari mana-mana sahaja mereka berada sekiranya terdapat sambungan internet. Pelanggan awal yang membuat tempahan sama ada melalui dalam talian atau di cawangan juga bakal mendapat ganjaran.

Sesi pratonton pelanggan Proton X70 juga telah menyeberangi Laut China Selatan menuju ke Malaysia Timur yang diadakan di Kuching pada 15-16 Oktober. Ia kemudiannya akan diteruskan di Kuantan dan Ipoh dan akhir sekali di Kota Kinabalu. Sambutan pelanggan terhadap Proton X70 amat mengalakkan dengan senarai kehadiran yang sangat tinggi. Kebanyakannya menyatakan bahawa mereka kagum dengan kualiti dan spesifikasi yang ditawarkan pada model pertama yang dibangunkan bersama Proton dan Geely.

Ia bakal menjadi pencetus perubahan untuk Proton berdasarkan jumlah tinggi pra-tempahan yang telah diterima. Antara kecanggihan yang ada pada model ini ialah penggunaan kad eSIM, sambungan Wi-Fi, aplikasi-aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi dan ramalan cuaca serta perisian pengecaman suara.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply