Nampak gayanya kita sudah boleh membayangkan bagaimana rupa Proton X70 versi CKD nanti dengan kemunculan beberapa keping foto yang dikatakan Geely Boyue facelift 2019 yang mula tular di internet sejak malam tadi. SUV paling laris Geely ini bakal berwajah baharu yang lebih segar dan mirip sebuah model Volvo terutama sekali pada jeriji hadapan gaya baharunya.
Boyue facelift turut menerima perubahan kosmetik pada bahagian bampar dan lampu depan baharu nampak agak kecil dan tirus, namun kali ini ia tidak lagi bersambung dengan jeriji utama. Bahagian profil sisinya masih lagi mengekalkan bentuk model semasa dan lekuk pada sisi badannya juga tidak berubah.
Di bahagian belakang pula, Boyue facelift pula mendapat sepasang lampu baharu dan palang krom yang tertera perkataan Geely rekaan baharu. Spoiler dan juga bampar serta diffusernya turut mendapat penggayaan baharu dan sekali imbas gayanya kini lebih mirip kepada adiknya yang lebih kecil, iaitu Bin Yue (SX11).
JOM BACA >> INTIP : Penampakan ‘wajah baharu’ Proton Iriz MC2 yang lebih jelas
Jika merujuk kepada foto intipannya sebelum ini, Boyue facelift juga bakal mendapat rekaan dalaman serba baharu dengan papan pemuka lebih moden dan kemas yang turut dipengaruh oleh rekaan dalaman Bin Yue. Sebenarnya apa yang menarik perhatian kami adalah corak ‘infinite weave’ turut kelihatan pada jeriji hadapan Boyue facelift ini. Adakah ia bakal memberi gambaran awal kepada bakal model CKD X70 yang akan dipasang di Tanjung Malim tahun hadapan?
Bukan setakat corak ‘infinite weave’ yang membuat kami terfikir sampai ke tahap itu, Boyue facelift juga bakal dikuasakan oleh enjin serba baharu 1.5 turbo yang mampu menjana 177 hp dan 255 Nm tork yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan DCT yang bakal menggantikan enjin 1.8 turbo sedia ada.
Ingat tak lagi Mat Bond pernah memberitahu kami sebelum ini fasa kedua Proton X70 atau versi CKD bakal menggunakan enjin 1.5 turbo dan transmisi 7-kelajuan DCT? Nampak gayanya macam ada kaitan je maklumat tersebut kan? Jangan main-main dengan perisik handalan kami tu, infonya jarang sekali mengecewakan.
Boyue facelift bakal membuat penampilan sulungnya di Guangzhou Auto Show pada bulan Disember ini. Pada pendapat kami, mungkin Proton X70 versi CKD akan berbeza dengan model ini dan kami turut berharap ia bukan sekadar perubahan pada jeriji hadapan semata-mata. Tunggu!
JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?
KLIK UNTUK BESARKAN
luahan engineer proton 2035
Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke China untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Geely kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi bersama. Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton X70-Geely Bouyue. Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada orang kata apa apa bila BMW dan Toyota berkongsi bahagian tengah? BMW Z4 dan Toyota Supra adalah kereta yang sama. Ada orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat China sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design jeriji untuk X70… masa tu Geely sudah pun siap soft tooling mould untuk jeriji kereta dia… Bila mereka tengok jeriji Proton, Mereka sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk jeriji mereka. Kalau kita pernah tengok jeriji Geely boyue facelift 2019… hampir samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
*cerita imaginasi penulis