ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Honda HR-V 2022 kini dibuka, bakal dilancar suku ketiga 2022

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia hari ini membuka tempahan model generasi baharu HR-V. Model SUV ini dijangka dilancarkan pada suku ketiga (Q3) 2022 dan akan ditawarkan dalam pilihan varian hibrid dan juga petrol.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Hironobu Yoshimura, sejak diperkenalkan pada 2015, HR-V telah terjual sebanyak 111,000 unit setakat ini dan menjadi penadulu segmen SUV Kompak Bukan-Nasional dari tahun 2015 hingga 2021.

Dari segi dimensi, HR-V 2022 berukuran 4,385mm panjang, 1,790mm lebar dan 1,590mm tinggi. Dari segi reka bentuk, ia menampilkan jeriji rekaan serba baharu dengan penggayaan luaran seperti sebuah model ‘fastback‘.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ia turut menampilkan ciri-ciri baharu seperti lampu depan LED dengan lampu signal berurutan dan lampu siang (DRL), jejalur lampu belakang LED, lampu kabus depan LED dan rim aloi 18-inci.

Buat julung kalinya, HR-V serba baharu dilengkapi dengan teknologi e:HEV yang dikuasakan oleh sistem pintar Multi-Mode Drive (i-MMD). Trenkuasa ini mampu menjana 131PS dan 253Nm daya kilas serta menawarkan tiga pilihan mod pemanduan, iaitu ECON, Normal dan Sport.

Model baharu ini turut didatangkan dengan ciri-ciri seperti Honda LaneWatch, pintu belakang kuasa bebas-tangan dangan fungsi tutup ketika beredar, penghidup enjin secara kawalan jauh dan fungsi auto kunci ketika beredar.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Honda HR-V 2022 turut dilengkapi dengan Honda SENSING yang merangkumi:

  • Notifikasi Berlepas Kereta Di Hadapan (LCDN)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Ikut Halaju Rendah (LSF)
  • Sistem Brek Hindar Perlanggaran (CMBS)
  • Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Penghindar Terbabas (RDM)
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)
  • Lampu Tinggi Automatik (AHB)

Untuk membuat pra-tempahan HR-V 2022, mereka yang berminat boleh melayari prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch menerusi telefon pintar mereka.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi talian Bebas-Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply