ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Honda HR-V 2022 dikesan dari jarak dekat

Foto Intip

Views

Nampaknya Honda Malaysia masih lagi giat menguji salah satu model baharu mereka tahun ini, iaitu HR-V 2022 di jalan raya.

Kali ini, unit ujian yang masih sarat dengan pelitup celoreng itu berjaya dikesan dari jarak dekat dan sempat dirakam oleh saudara Wazari Wazir.

Ini bukan kali pertama unit ujian HR-V 2022 dikesan oleh orang awam, dalam artikel terdahulu ia berjaya dirakam sekitar Lembah Klang.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Semasa Majlis Apresiasi Media 2022 baru-baru ini,  Honda Malaysia telah mengesahkan mereka bakal memperkenalkan dua model baharu dan salah satunya sudah pasti generasi ketiga Honda HR-V.

Besar kemungkinan Honda Malaysia bakal menawarkan pilihan trenkuasa hibrid e:HEV dengan teknologi i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive), sama seperti yang ditawarkan di pasaran Thailand.

Ada ura-ura mengatakan yang ia mungkin ditawarkan dengan pilihan trenkuasa 1.5 liter VTEC Turbo yang menjana Civic baharu.

Versi tersebut bakal membuat penampilan sulungnya semasa pameran Indonesia International Motor Show pada 31 Mac 2022.

 

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Selain itu, pilihan trenkuasa petrol empat-silinder aspirasi alami (NA) 1.5 liter turut ditawarkan sebagai pilihan, di pasaran negara Jepun dan juga Singapura.

Honda Malaysia telah berjanji untuk menawarkan Teknologi Termaju Generasi Akan Datang seperti VTEC TurboHonda SENSING dan Honda CONNECT dalam barisan model baharunya.

Maknanya, ‘agak cerah peluang’ kita untuk mendapat versi turbo dan juga e:HEV nanti. Buat masa ini belum ada informasi berkaitan tarikh pelancaran HR-V 2022, dan kami akan kongsikannya dari semasa ke semasa.

Sentiasa bersama kami untuk informasi terkini!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Wazari Wazir

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply