ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Nissan Serena S-HYBRID facelift 2022 kini dibuka – Dua varian, harga anggaran di bawah RM150k

Berita Tempatan

Views

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bakal memperkenalkan model facelift Nissan Serena S-HYBRID dengan penggayaan dan ciri keselamatan premium. Tempahan kini mula dibuka di semua bilik pameran Nissan seluruh negara dengan penghantaran pertama dijangka pada bulan Julai 2022.

Dua pilihan varian ditawarkan dan berikut adalah anggaran harga (tidak termasuk insurans):

Varian*Anggaran Harga

(Semenanjung Malaysia)

Nissan Serena S-Hybrid Highway Star Di bawah RM 150,000
Nissan Serena S-Hybrid Premium Highway StarDi bawah RM 165,000

*Termasuk Cukai Jualan

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan awal dengan bayaran minimum RM1,000. Ini membolehkan kilang pemasangan untuk mengatur jadual pengeluaran dengan lebih tepat dan meminimumkan masa menunggu berikutan kekurangan bekalan cip semikonduktor dan kelewatan penghantaran global.

Empat pilihan warna ditawarkan, bergantung kepada pilihan varian. Bagi yang ‘terawal’ membuat tempahan, ETCM menawarkan lima kali Servis Penyelenggaraan secara percuma (termasuk alat ganti dan upah) yang akan diberikan pada selang waktu (10,000 km, 30,000 km, 50,000 km, 70,000 km dan 90,000 km), selain tempoh jaminan sehingga 5 tahun dengan perbatuan tanpa had. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Serena S-HYBRID facelift ditawarkan dengan pelbagai ciri kemudahan antaranya Dua Pintu Belakang, Pintu Gelongsor Bebas-Tangan Dwi Kuasa di kedua-dua bahagian dan 7 slot USB. Ruang dalamannya yang luas mempunyai 13 Konfigurasi Tempat Duduk dengan Captain Seat di baris tengah.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Penumpang hadapan dan dan di baris kedua boleh menikmati keselesaan tanpa keletihan dengan Tempat Duduk Graviti Sifar. Tempat duduknya turut menerima kemasan mewah dengan kombinasi kulit Nappa bagi memmberikan lebih keselesaan.

Model MPV tujuh-tempat duduk ini dilengkapi dengan Nissan Intelligent Mobility (NIM) yang merangkumi teknologi termaju dengan sistem Keselamatan Aktif dan juga Pasif. Lima teknologi pintar telah ditambah pada Serena S-HYBRID, yang merangkumi Amaran Ramalan Perlanggaran Hadapan Pintar, Brek Perlanggaran Hadapan Pintar, Amaran Keluar Lorong, Amaran Titik Buta dan Amaran Lintasan Trafik Belakang.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Monitor Pandangan Keliling (kamera 360 darjah). Serena S-HYBRID facelift dikuasakan oleh trenkuasa 2.0-liter Twin CVTC hibrid dengan motor elektrik ECO (Energy Control Motor).

Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan apabila hampir dengan tarikh pelancaran, iaitu pada Julai 2022. Untuk lebih informasi layari laman sesawang Nissan Malaysia di www.nissan.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply