ARKIB

KATEGORI

Info

Tempahan Proton X70 dah lebih 3500 unit?

Views

Ada berita yang agak menarik untuk didengari pagi ini. Sambil sembang minum pagi dengan Mat Bond sebentar tadi, ada informasi yang “segar dari ladang” kami perolehi. Sambil menghirup kopi, Mat Bond memberitahu kami, tempahan model SUV pertama Proton, X70 kini sudah berjaya melepasi angka 3,500 unit setakat 10 September 2018.

Pada mulanya kami agak meraguinya, namun apabila melihat dahi Mat Bond berkerut dan riak wajahnya tidak nampak seperti sedang berbohong, kami pun berpura-pura la mempercayainya. Walaupun dalam hati kami masih lagi was-was, kami bersangka baik dan yakin angka yang disebutkannya itu adalah benar.

JOM BACA >> INFO: Fakta Ringkas Menarik Mengenai Proton X70

Sebenarnya, jarang-jarang Mat Bond bagi info salah setakat ini, memang beliau seorang agen perisik terbaik kami ada setakat ini, kalah James Bond dengan Johnny English. Jika benar apa yang diberitahu, kami memang terperanjat dan akui ‘penangan’ aura X70 walaupun mereka yang dah buat tempahan dengan letak RM1,000 deposit masih belum mengetahui harga sebenarnya.

Setakat ini maklumat yang berlegar di laman sosial mengenai harga model tersebut adalah “FuFu” atau palsu. Pihak Proton sendiri dah menafikannya. Salah seorang yang menempah Proton X70 adalah Datuk Madani Sahari, ketua pegawai eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI).

Nampaknya ‘demam’ Proton X70 masih lagi melanda dan ramai yang dah tak sabar nak pandu uji model ini. Kami dengar cerita Proton X70 bakal dilancarkan pada bulan November nanti. Tunggu jelah info terbaharu dari kami ye!

JOM BACA >> Perodua Lancar Alza Berwajah Baharu – Tempahan Kini Dibuka

KLIK UNTUK BESARKAN

    

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Mmm… satu petanda +ve bagi proton SUV nie bersaing dgn rakan2 SUV yg ada di M’sia nie; HR-V, CX-5, X-Trail dll. even VW Tiguan.
    Kalau harganya bleh tapau sumer SUV nie, Tentu saja X70 nie jadi goreng pisang panas. Rekabentuk menarik, perincian n suntikan teknologinya juga hebat.

    Cheers!

Leave a Reply