ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Alphard dan Vellfire 2020 kini dibuka

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) semalam mengumumkan pengenalan MPV premium, Toyota Alphard dan Vellfire 2020 yang dipertingkatkan. Tempahan pra-pelancaran telah dibuka disemua pengedar sah Toyota serta cawangan UMWT seluruh negara. Ia akan dijual pada harga bermula RM383,000 bagi Vellfire (satu varian) dan RM464,000 bagi Alphard (dua varian).

Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu ditawarkan dengan empat pilihan warna, Luxury White Pearl CS GF (hanya bagi Alphard 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5L); Burning Black CS GF (hanya bagi Vellfire 2.5L) dan White Pearl C, Graphite Metallic serta Black (bagi kedua-dua model).

Alphard dan Vellfire terbaharu ini telah diberikan peningkatan dari aspek sistem canggih yang ditambah berkaitan keselamatan dan capaian hubungan. Ini selari dengan Strategi Pengalaman Jenama 360-darjah Baru oleh UMWT yang memberi penekanan kepada aspek Safe-T dan Connectivi-T.

JOM BACA >> Projek super moped Modenas dihidupkan kembali?

Antara penambahbaikan yang dibuat termasuklah:

  • Toyota Safety Sense (TSS)
  • Sistem Brek Sokongan Parkir
  • Sistem Infotainmen AVX 9-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto-Tersedia
  • Perakam Video Digital (DVR) depan dan belakang
  • Sistem Telematik Kenderaan (VTS)
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)

Toyota Safety Sense (TSS) merupakan pakej sistem keselamatan canggih yang memberi bantuan kepada pemandu untuk menghindari kemalangan atau mengurangkan kecederaan sekiranya ia berlaku. Ini termasuk Sistem Pra-Perlanggaran (PCS), Amaran Penukaran Lorong (LDA), Bantuan Pengesanan Lorong (LTA) dan Kawalan Melayar Radar Dinamik (DRCC) – Semua Kelajuan.

Ciri Sistem Brek Sokongan Parkir membolehkan pemandu boleh mengesan objek di kawasan sekitar kenderaan ketika semasa parkir. Sekiranya ada objek dikesan, brek akan ditekan secara automatik dan kuasa enjin akan dihadkan untuk mengelakkan perlanggaran. Jika perlanggaran tetap berlaku, sistem itu mampu bertindak untuk meminimakan kerosakan.

JOM BACA >> Proton X50 (SX11) mula ujian pemasangan bulan Mei 2020?

Peninjau Pandangan Panoramik (PVM) pula membolehkan pemandu memantau sekeliling kenderaan, DVR di depan dan belakang akan merakam visual secara berterusan. Sistem Telematik Kenderaan (VTS) bagi Vellfire dan Alphard merupakan ciri sambungan yang menggunakan GPS/GSM untuk mengesan lokasi kenderaan pada setiap masa.

Ini dapat membantu pencarian kenderaan oleh pihak polis sekiranya ia dicuri. Ciri ini juga meninjau dan merakam kelajuan kenderaan dan keadaan operasi lain yang dihadapi oleh kenderaan, dengan data akan dihantar melalui emel kepada pengguna yang diinginkan.

Dari segi rekaan, Alphard mengekalkan konsep “Dynamic & Formal” untuk memberikan MPV berkenaan sebuah imej mewah dan perkasa. Konsep bagi Vellfire pula ialah “Cool Tech” dengan penggayaan moden yang diperkukuhkan, memberikan identiti unik bagi model berkenaan.

Pemilik Vellfire dan Alphard bakal menikmati jaminan kilang sepenuhnya serta kesediaan alat ganti yang diperlukan pada bila-bila masa. Sokongan lepas jualan juga dipastikan oleh juruteknik terlatih yang akan mengendalikan servis model berkenaan menggunakan peralatan dan kelengkapan khusus.

Untuk mengetahui bilik pameran terdekat layari laman sesawang Toyota Malaysia di toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Geely Hao Yue (VX11) bakal jadi SUV ketiga Proton?
JOM BACA >> Bayangan awal model Proton X50 – SUV kompak yang paling dinantikan tahun ini!
JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply