ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu dibuka, harga anggaran dari RM 438,000

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini secara rasminya mengumumkan tempahan bagi model Toyota Alphard dan Vellfire serba baharu telah pun dibuka.

Di pasaran Malaysia, UMWT akan membawa masuk varian Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dan Toyota Vellfire 2.5 yang didatangkan dengan enjin baharu dan ciri-ciri mewah termaju.

Kedua-dua model MPV mewah ini ditawarkan dengan empat pilihan warna, iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja) dan Hitam.

Tempahan boleh dibuat menerusi mana-mana bilik pameran sah Toyota seluruh negara dengan anggaran harga atas jalan (OTR) tidak termasuk insurans seperti berikut:

  • Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge – RM 538,000
  • Toyota Vellfire 2.5 – RM 438,000

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Alphard 2.4T Executive Lounge dikuasakan oleh enjin 2.4-liter 16-injap DOHC dengan pengecas turbo dan intercooler yang dipadankan dengan transmisi automatik Direct Shift 8-kelajuan dengan sequential dan Paddle Shifter.

Bagi Vellfire pula, ia dikuasakan oleh enjin 2.5-liter yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan Super CVT-i dengan Sports Sequential Shiftmatic dan dilengkapi dengan Front Performance Brace.

Dari segi reka bentuk, Alphard dan Vellfire baharu menampilkan reka bentuk yang anggun, dilengkapi dengan jeriji yang mewah dan lampu jenis LED penuh bersama lampu membelok berurutan di depan dan juga belakang,

Ruang kabin berurutan baharu kini lebih mewah dengan kombinasi kemasan kulit dan serat kayu, bersama bumbung lut cahaya panoramik yang memberikan suasana yang lapang dan luas, ibarat berada di dalam hotel mewah atau jet peribadi.

Pencahayaan 64-Warna pada bahagian sisi dan juga silingnya turut menambahkan lagi aura kemewahannya. Model ini turut didatangkan dengan lampu membaca boleh laras bagi memastikan daya penglihatan yang maksimum.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ruangan pemandunya pula boleh diibaratkan seperti kokpit jet peribadi dengan segala suis mekanikal dan butang kawalan menghala dengan optimal bagi memudahkan capaian.

Panel instrumennya menampilkan meter digital 12.3-inci TFT Warna Penuh yang digandingkan dengan papan dongak baharu yang kini lebih jelas, meskipun dalam apa jua keadaan pencahayaan.

Tempat duduk di hadapan dan belakang baris pertama kini dilengkapi dengan Pemanas Tempat Duduk dan Pengudaraan. Selain itu, tempat duduk belakang baris pertama Alphard 2.4T Executive Lounge menampilkan ciri eksklusif ‘kerusi urut’.

UMW Toyota Motor turut memperkenalkan sistem Hybrid Long Slide yang membolehkan tempat duduk baris kedua dilungsur sehingga 480 mm (secara elektrik atau manual pada Alphard, manual pada Vellfire).

Alphard dan Vellfire dilengkapi dengan Struktur Anti-Getaran yang mengurangkan rasa impak semasa pemanduan, terutamanya di jalan bergelombang dan tidak rata.

Dari segi keselamatan, Alphard dan Vellfire didatangkan dengan Toyota Safety Sense yang merangkumi Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC), Amaran Keluar Lorong (LDA), Bantuan Papan Tanda Jalan Raya (RSA) dan Sistem Lampu-tinggi Adaptif (AHS).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply