Proton memperkenalkan varian baharu bagi model SUVnya iaitu X70 1.5 TGDi Premium X untuk tahun 2023. Varian ini dijual pada harga atas jalan RM126,800 tidak termasuk insurans. Ini bermakna ada enam varian X70 ditawarkan oleh Proton.
Berikut adalah senarai varian terkini Proton X70:
- 1.5TGDi Standard 2WD
- 1.5TGDi Executive 2WD
- 1.5TGDi Executive AWD
- 1.5TGDi Premium 2WD
- 1.5TGDi Premium X 2WD
- 1.8TGDi Premium 2WD
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Pilihan warna yang ditawarkan pada varian Premium X 2WD adalah Space Grey, Snow White, dan warna eksklusif baharu iaitu, Quartz Black (untuk tempoh terhad sahaja).
Dari segi spesifikasi, varian Premium X 2WD masih mengekalkan enjin yang sama, iaitu enjin 3-silinder 1.5 liter TGDi yang menghasilkan 174 kuasa kuda dan 255 Nm daya kilas.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan dwicekam (7-DCT) yang menyalurkan kuasa ke gandar hadapan.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Varian ini turut menerima kelengkapan standard seperti rim aloi bersaiz 19-inci, kemasan tempat duduk kulit Nappa, unit inforia dengan paparan sesentuh bersaiz 8-inci dan sembilan pembesar suara. Namun, untuk varian ini ia ditambah dengan satu lagi ciri khusus iaitu bumbung lut cahaya panoramik.
Dari segi keselamatan, varian Premium X 2WD dilengkapi dengan enam beg udara SRS, Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Sistem Pemantauan Tekan Tayar (TPMS), dan kamera 360 dengan paparan 3D yang melayakkannya menerima penarafan 5-bintang dari ASEAN NCAP.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI