Seorang penunggang teksi motosikal di Songkhla, Thailand mengaku sengaja mengenakan caj berlebihan kepada seorang pelancong Malaysia kerana mesin basuh miliknya rosak dan dia memerlukan wang bagi membaiki peralatan tersebut, lapor laman berita Thaiger.
KOSMO! ONLINE melaporkan, Noppakhun Nuchmuang, 52, meminta tambang 500 baht (RM61.90) daripada pelancong yang terkandas itu selepas menghantarnya ke destinasi pada jarak hanya 2 kilometer (km).
Ahli Majlis Perbandaran Hat Yai, Suppawit Maneechot berkata, beliau menerima aduan mengenai penunggang teksi motosikal tersebut daripada mangsa.
Menurutnya, kereta milik mangsa pada awalnya kena kapit tayar dan bagi membayar denda tersebut, dia menaiki teksi motosikal milik Noppakhun untuk pergi ke Balai Polis Mueng.
Pelancong tersebut dikenakan bayaran sebanyak 500 baht (RM61.90) untuk jarak sekitar 2 km, sedangkan harga tambang sepatutnya hanya 100 baht (RM12.40). Polis kemudiannya menahan Noppakhun, manakala lelaki itu pada awalnya menafikan dakwaan mangsa.
Bagaimanapun, dia akhirnya mengakui kesalahannya. Noppakhun diberitahu oleh polis dia berdepan hukuman penjara kerana membuat pengakuan palsu.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Noppakhun mendedahkan bahawa dia tidak menerima seorang penumpang pun pada hari kejadian. Sebaik sahaja melihat pelancong dari Malaysia yang terkandas itu, dia menawarkan perkhidmatan dengan bayaran tinggi.
Tambah Noppakhun, dia tidak mengugut pelancong berkenaan selain mendakwa, dia merupakan pemandu yang membayar cukai serta kali pertama melakukan kesalahan itu. Tambah lelaki itu, mesin basuh miliknya rosak dan dia memerlukan wang untuk membaiki peralatan tersebut.
Noppakhun didakwa di bawah Seksyen 159 Akta Pengangkutan Darat kerana mengenakan tambang pengangkutan melebihi bayaran standard. Dia berdepan hukuman denda sehingga 5,000 baht (RM618.76).
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI