Polis menyiasat video tular melibatkan kekecohan dan pertengkaran sekumpulan individu di tepi Jalan Usahawan Setapak.
Menurut UTUSAN, ini susulan pihak polis mengesan video berdurasi 41 saat dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter, @ NanManjoi8715 tular pada 10.55 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashaari Abu Samah berkata, semakan pihak polis mendapati kejadian berlaku di Jalan Usahawan 6, Setapak, kelmarin.
Katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah menerima laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak pada hari kejadian.
Kejadian ini berpunca akibat perselisihan faham kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan masing-masing.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Sehubungan itu, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai enam bulan atau denda atau kedua-duanya.
Tambahnya, kes masih dalam siasatan pihak polis. Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa mengawal emosi serta sentiasa bersabar jika berlaku perselisihan faham di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya perkara yang menyalahi undang-undang.
Orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai Polis berhampiran.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI