ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terima upah untuk menyamun kereta dibeli warga asing – Tiga anggota polis diberkas

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, helah ejen jualan kenderaan berkomplot dengan tiga anggota polis untuk menyamun semula kereta yang sudah dijual berakhir apabila mereka ditahan dalam serbuan berasingan bermula kelmarin hingga semalam.

Ketua Polis Daerah, Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan daripada lelaki warga asing berusia 49 tahun, Ahad lalu, memaklumkan dia disamun pada jam 6 petang semasa dia berada di Jalan PJU 1A/54, Ara Damansara bersama lelaki yang bekerja sebagai ejen jualan kenderaan Singapura.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Menurutnya, tiba-tiba dia didatangi dua lelaki memakai vest polis terus menahan ejen itu dan membawa lari kereta Audi TT dibeli mangsa. Bertindak atas laporan itu, jam 11.20 malam kelmarin, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di bilik sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Hasil serbuan itu menahan lelaki berumur 28 tahun iaitu ejen kenderaan terbabit bersama wanita berusia 28 tahun bersama wang tunai RM20,000 disyaki hasil jualan kereta itu serta pelbagai barangan lain turut dirampas. Nik Ezanee berkata, turut dirampas 11 biji pil erimin 5, 14 biji pil berwarna coklat dan pil hijau disyaki dadah bersama Perodua Alza dan kereta jenis Volkswagen.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Hasil siasatan membawa kepada penangkapan dua anggota polis berusia 34 dan 51 tahun di perkarangan IPD Kuala Muda, Kedah jam 12.10 tengah hari semalam. Susulan itu, polis kemudian membuat serbuan ke atas sebuah rumah teres di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Hasil serbuan itu menahan empat lelaki dan dua wanita warga asing berusia 30 hingga 54 tahun.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui semula kereta Audi TT milik mangsa dan turut merampas dadah. Siasatan berkaitan dadah diserahkan kepada IPD Kuala Muda dan siasatan lanjut kemudiannya menahan seorang lagi anggota polis lelaki berusia 31 tahun jam 7.10 malam di IPD Ipoh, Perak.

Kata beliau, ejen terbabit mengupah RM1,000 kepada anggota polis terbabit untuk berkomplot dengannya melakukan kegiatan ini. Siasatan awal mendapati mereka sudah melakukan kegiatan ini beberapa kali dengan menyasar mangsa warga asing yang membeli kereta dari Singapura. Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan mereka kini direman bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply