ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM bakal lancar operasi besar-besaran, sasar motosikal diubahsuai

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal melancarkan operasi besar-besaran ke atas penunggang motosikal melakukan kesalahan lalu lintas, dalam tempoh terdekat. Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu akan menumpukan motosikal berkuasa tinggi dan bawah 150cc.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Beliau berkata, ia akan memfokus kepada penunggang yang melakukan pengubahsuaian terhadap motosikal sehingga mengganggu ketenteraman awam. Ujarnya, ramai orang mengadu bahawa golongan itu mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi ekzos terlalu bising apabila menghidupkan motosikal yang diubah suai.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Tambah beliau, golongan terbabit juga didakwa mengganggu lalu lintas sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberi laluan kepada mereka kerana berkonvoi dalam jumlah yang ramai. Malah, Abdul Hamid menegaskan, penunggang motosikal menyumbang angka kemalangan yang tertinggi di negara ini.

Tegas beliau, hentikanlah memulas pendikit motosikal yang diubah suai sehingga mengganggu orang ramai dengan bunyi bising itu. Beliau telah mengarahkan JSPT untuk melancarkan operasi besar-besaran dan kali ini tiada kompromi lagi. Tambah beliau lagi, motosikal yang diubah suai akan dirampas dan pihak terbabit mesti mengubah kenderaan mereka itu seperti asal semula.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply