ARKIB

KATEGORI

Buletin

PDRM cadang had kapasiti motosikal bawah 70cc bagi remaja menjelang 2025

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kategori pelesenan baharu hanya membenarkan remaja berusia 16 hingga 20 tahun menunggang motosikal di bawah 70cc menjelang 2025. Sinar Harian yang memetik laporan portal Free Malaysia Today pada Rabu memaklumkan, Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Bakri Zainal Abidin berkata, undang-undang itu perlu dipertimbangkan untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Menurutnya, cadangan tersebut dilakukan selepas mengambil kira jumlah nahas jalan raya dan kadar kematian yang tinggi dalam kalangan remaja yang menunggang kapcai dan motosikal berkuasa kecil sehingga 150cc. Jelas beliau, setiap tahun golongan dalam usia itu mencatatkan kadar kematian tertinggi berbanding kategori kumpulan umur lain untuk semua jenis kenderaan dan hampir tiada pengurangan ketara selama ini,” katanya.

Bakri berkata, cadangan berkenaan sudah disampaikan kepada kepada Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) dan Kementerian Pengangkutan (MOT). Mengulas lanjut, beliau berkata, penjualan model kapcai yang berada di pasaran ketika ini memberi impak negatif kepada remaja khususnya di pinggir dan luar bandar.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Jelasnya, perkembangan terbaru itu turut menyukarkan polis membendung amalan menunggang motosikal secara berbahaya di seluruh negara. Katanya, model popular dalam kalangan golongan muda iaitu 150cc ‘Y Suku’ (Yamaha Y15ZR) mampu mencapai kelajuan sehingga 160km sejam.

Melalui operasi yang dilakukan polis trafik di seluruh negara, pihaknya mendapati banyak jenis kapcai berbahaya kepada penunggang dan pengguna jalan raya lain. Dalam laporan yang sama, Free Malaysia Today turut menyatakan cadangan berkenaan telah dimasukkan dalam minit Mesyuarat Agung Tahunan MKJR ke-60 dan diserahkan kepada MOT bagi mengkaji kemungkinan mewujudkan kategori motosikal B3 yang baharu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply