ARKIB

KATEGORI

Tular

Terkejut ditegur polis, pasangan kekasih dihambat 10 kereta peronda sejauh 130km

Tular

Views

Sepasang kekasih yang mengelak pemeriksaan polis dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta sejauh 130 kilometer ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata dalam kejadian 11.30 malam itu, lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 20 dan 18 tahun berada di dalam sebuah kereta Proton Persona diparkir di kawasan rekreasi Adda Height di Johor Bahru.

Beliau berkata ketika anggota polis yang membuat rondaan ingin membuat pemeriksaan, kedua-dua suspek warga tempatan itu cuba melarikan diri.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Suspek terus mengundurkan keretanya dan melanggar kereta peronda polis (MPV) polis sebelum melarikan diri serta telah dikejar sejauh kira-kira 130km.

Enam MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS dan empat MPV dari IPD Johor Bahru Utara (JBU) turut membantu untuk menahan pasangan terbabit hingga di KM76.6 lebuh raya Johor Bahru-Ayer Hitam, sebelum mereka ditahan.

Raub berkata, berdasarkan siasatan awal, pasangan berkenaan melarikan diri kerana sedang berdua-duaan dalam kereta dan terkejut apabila melihat MPV polis menghampiri kenderaan mereka.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Polis turut merampas sebuah kereta Proton Persona, sebuah telefon bimbit dan wang tunai RM168. Kedua-dua yang ditahan telah dibenarkan untuk direman oleh Majistret Mahkamah Johor Bahru di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (memandu secara melulu).

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 1 minit 15 saat di laman Facebook memaparkan kejadian melibatkan beberapa kereta polis mengejar sebuah Proton Persona di Jalan Skudai. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply