ARKIB

KATEGORI

Tular

Kanak-kanak tercampak ke atas jalan, saksi kemalangan diminta tampil bantu siasatan

Tular

Views

Polis meminta pemilik kenderaan atau saksi kejadian kemalangan dua kenderaan yang mengakibatkan seorang kanak-kanak tercampak ke atas jalan di Seri Petaling, untuk tampil membuat laporan.

Harian Metro melaporkan, satu rakaman video pemuka (dashcam) kenderaan tular di media sosial yang menunjukkan kejadian kemalangan itu.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Rakaman berdurasi 22 saat itu menampakkan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki bersama seorang kanak-kanak bergesel dengan sebuah kereta ketika melalui selekoh.

Akibat kemalangan itu, kanak-kanak terbabit tercampak manakala penunggang motosikal terbabas dan merempuh penghadang jalan sebelum terjatuh. Bagaimanapun, keadaan kedua-dua mangsa tidak dapat dipastikan.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Sementara itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sedang mengesan pemilik kenderaan iaitu kereta dan motosikal yang terbabit kemalangan yang video kejadian tular di media sosial.

Menurut kenyataan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Balai Trafik Jalan Bandar di talian 03-2071999 atau mana-mana balai polis terdekat. Selain itu, pemilik rakaman juga diminta tampil memberi maklumat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply