Kemalangan membabitkan enam kenderaan di Plaza Tol Sungai Petani Selatan di Sungai Petani semalam dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dikatakan tertekan injak pemecut akibat terlelap.
Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian kira-kira pukul 6.04 petang itu, pemandu SUV berusia 32 tahun dan dua penunggang motosikal mengalami kecederaan manakala tiga lagi pemandu kenderaan lain tidak cedera.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila Proton X70 dipandu seorang wanita merempuh belakang kereta Perodua Axia yang sedang menunggu giliran untuk memasuki lorong RFID di laluan keluar menghala ke arah bandar.
Katanya, rempuhan kuat itu menyebabkan Proton X70 hilang kawalan lalu merempuh panel elektrik milik PLUS di sebelah kiri bahu jalan sebelum terbalik.
Kata Zaidy, pada masa sama, dua penunggang motosikal yang sedang melalui lorong motosikal cuba mengelak Proton X70 yang terbabas itu sehingga menyebabkan mereka hilang kawalan lalu merempuh pagar dan kendeaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima serta Toyota Vios yang diparkir di deretan kedai bersebelahan plaza tol.
Menurutnya, siasatan awal percaya pemandu Proton X70 itu terlelap semasa menghampiri plaza tol dan tidak menyedari kakinya tertekan injak pemecut.
Pemandu yang mengalami kecederaan di kepala berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim. Dua penunggang motosikal berusia 56 dan 62 tahun yang cedera turut dihantar ke hospital yang sama.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI