ARKIB

KATEGORI

Buletin

VIXMO Zero – Kereta elektrik swapandu dari Indonesia, guna asas Proton Savvy

Berita Global

Views
VIXMO Zero Unloading PEVS 2022

Bersempena dengan acara Periklindo Electric Vehicle Show (PEVS) 2022, sebuah syarikat pemula niaga dari Surabaya, Indonesia, VIXMO telah mempamerkan sebuah prototaip kereta elektrik (EV) swapandu yang dinamakan sebagai VIXMO Zero.

Apa yang menarik kereta ini sebenarnya adalah berasaskan Proton Savvy yang telah diubahsuai menjadi EV sepenuhnya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut info di laman sesawangnya, VIXMO Zero dikuasakan oleh motor elektrik Motenergy ME1616 yang menjana 33.5 kuasa kuda dengan daya kilas maksima 120 Nm.

Kereta elektrik swapandu ini turut dibekalkan dengan sel bateri lithium ion 100.8 V 220 Ah 22 kWj yang boleh dicas penuh dalam tempoh lapan hingga sembilan jam menggunakan pengecas jenis AC Type 1 6.6 kW.

VIXMO Zero mampu mencapai kelajuan maksima 120 km/j dengan jarak tempuh sehingga 150 km. EV ini menggunakan sistem stereng jenis rack and pinion bersama dengan stereng kuasa elektrik.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Selain itu ia turut dilengkapi dengan sistem brek cakera, rim 17-inci dan brek parkir elektronik (EPB). Dari segi reka bentuk, secara visual kita masih lagi dapat melihat sebuah Savvy, tetapi dalam versi EV dengan lengkung tayar lebih lebar, serta jeriji dan bampar depan yang tertutup.

Ia turut dipasang dengan kit badan serta lampu depan dan belakang baharu jenis gelap (smoked). VIXMO Zero dilengkapi dengan sistem pemanduan autonomi di atas bumbungnya yang terdiri daripada sembilan kamera, dua penderia Lidar, termasuk satu unit sistem navigasi satelit global (GNSS).

Selain Zero, VIXMO turut merancang untuk melancarkan Vixmo Alpha, model yang dibangunkan  sepenuhnya oleh syarikat pada masa akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit VIXMO dan Mukhammad Wildan

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply