ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla beli kompleks besar di Cyberjaya sebagai ibu pejabat – Anwar

Berita Tempatan

Views

Tesla Inc telah membeli kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil pemilik syarikat Elon Musk kepada beliau minggu lalu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Tanya Tesla, Elon Musk banyak negara beri insiatif dan peluang, tetapi pilih Malaysia iaitu Cyberjaya di Selangor.

“Minggu sudah wakil jumpa saya (beritahu) sudah beli kompleks besar dan jemput Perdana Menteri rasmi awal Oktober atau akhir September.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Saya jawab setuju dengan syarat bawa Elon Musk rasmi bersama dengan saya,” katanya pada ceramah umum sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Beranang dekat sini malam tadi.

Bulan lalu, Tesla Inc bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat penting pengeluar kereta elektrik (EV) di rantau ini.

Elon Musk bersetuju untuk menubuhkan ibu pejabat Tesla di Cyberjaya menerusi pertemuan melalui persidangan video yang turut disertai Tengku Zafrul dan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply