ARKIB

KATEGORI

Tular

Suami hadiahkan Ferrari 488 GTB bernilai RM1.2 juta, hargai jasa isteri lahirkan ramai anak

Tular

Views
@louisgui_legend_oe hadiah untuk Bini😱😱 #supercar #ferrari ♬ original sound – Boss Lambo

Sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan ramai cahaya mata, seorang lelaki membuat kejutan menghadiahkan sebuah ‘supercar‘ jenis Ferrari 488 GTB berharga RM1.2 juta kepada isterinya.

Berdasarkan video tular di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di tepi jalan di Sunway dekat Petaling Jaya untuk melihat kereta tersebut yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon pelbagai warna.

 

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan kejutan mewah lelaki tersebut. “Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia (isteri) layak memiliki semua ini,” kata seorang pengguna.

 

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Orang kaya tak apalah, boleh belikan hadiah mahal-mahal,” kata seorang wargamaya. “Kalau kaya bolehlah beli. Tapi kalau miskin, boleh tengok dari tepi sahaja,” kata seorang lagi pengguna.

Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 1,000 tanda suka dan 20 komen. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply