ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis buru pemandu Proton Saga FLX pukul penunggang motosikal

Tular

Views

Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes pukul yang berlaku di tepi jalan di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat-Klang, dekat Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat.

Menurutnya, terdahulu pihaknya menerima laporan pada 12.44 tengah malam tadi yang mana pengadu adalah warga tempatan berusia 21 tahun mendakwa ditahan oleh sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Katanya, pengadu mendakwa salah seorang lelaki berkenaan bertindak memukul dan merosakkan motosikal miliknya.

Hasil siasatan mendapati pada hari kejadian sekitar 7.15 malam, mangsa yang menunggang motosikal membunyikan hon pada sebuah kereta kerana memandu secara berbahaya dan hampir melanggar mangsa.

Pemandu kenderaan itu kemudian menghalang pergerakan mangsa di persimpangan lampu isyarat. Salah seorang daripada lelaki berkenaan kemudian menolak mangsa sehingga jatuh dari motosikal serta mencekik, menumbuk muka serta menendang perut dan kaki mangsa beberapa kali.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sebelum beredar, suspek turut menendang motosikal pengadu sehingga jatuh dan menyebabkan kerosakan pada ‘cover set’.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan sakit dan bengkak pada bibir, tulung rusuk dan kaki. Menurutnya, usaha mengesan suspek giat dijalankan untuk membantu siasatan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh hadir ke menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Orang awam dinasihatkan agar mengamalkan sikap bertimbang rasa semasa memandu agar keselamatan pengguna jalan raya terjamin serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply