Disebabkan EV kian popular, syarikat berpangkalan di Belanda, Derks Uitvaartmobiliteit telah mengubah suai Tesla Model 3 menjadi kereta jenazah. Model yang dikenali sebagai Tesla Hearse 3 kini dibuka untuk tempahan di pasaran Eropah.
Tesla Hearse 3 menampilkan rekaan badan yang memanjang, ruang letak keranda yang bergemerlapan dengan cahaya, ruang penyimpanan yang praktikal di samping menawarkan jarak pemanduan bebas karbon sehingga 375 km.
Untuk menghasilkan kereta jenazah EV ini, ia memerlukan banyak proses mengerat dan menyambung jarak antara gandar roda.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Hasilnya, Tesla Hearse 3 mempunyai ukuran dimensi 5.56 meter panjang, lebih 866 mm berbanding dengan Model 3 sedan versi standard.
Model ini masih mengekalkan beberapa elemen reka bentuk asalnya seperti muncung depan, pintu depan, cermin sisi, lampu dan bampar. Yang lain, semua telah diubahsuai bagi memenuhi kehendak tugasan baharunya, termasuk pintu but belakang.
Sekilas pandang, kereta jenazah ini mirip sebuah model estate dengan dahi yang sedikit jendul dan permukaan kaca yang sungguh besar.
Jika kereta jenazah lain hanya mempunyai dua-pintu, Tesla Hearse 3 mempunyai sepasang pintu belakang bersaiz separa-penuh sebagai ruang penyimpanan.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Di ruang kabin, ia mempunyai dinding sekatan dengan tingkap. Ia juga dilengkapi dengan tirai elektrik di bahagian tingkap kiri dan kanan untuk lebih privasi.
Selain itu, antara ciri pilihan yang ditawarkan termasuklah pelapik bumbung seakan cahaya bintang dengan butiran LED dalam warna yang berbeza, sepadan dengan dinding sisi yang bercahaya.
Ia juga ditawarkan dengan pilihan rak bunga keluli tahan karat yang boleh dipanjangkan dan laci bawah lantai untuk troli lipat atau bekas barangan penjagaan.
Derks Uitvaartmobiliteit setakat ini masih belum mengumumkan harga bagi Tesla Hearse 3 dan jika berpandukan kepada modifikasi yang telah dibuat, tanda harganya sudah pasti mencapai tahap ‘kayangan’.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Derks Uitvaartmobiliteit
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI