ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Foto Intip

Views

Biasanya kami memperoleh foto atau video intip Proton X90 (VX11) dari jarak yang agak jauh. Kali ini, rakan pembaca bernama Khairul Anwar yang sedang menunggang motosikal berjaya merakam kelibat unit ujian X90 (VX11) dari jarak dekat.

Menurutnya, unit ujian yang masih lengkap dengan celoreng penyamaran itu telah ditemui pada Selasa minggu lalu, sekitar AEON Mall, Shah Alam.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Secara kebetulan Khairul Anwar lalu di sebelah X90 (VX11) tersebut dan jika ditonton video tersebut secara gerak perlahan, kelihatan imbasan stereng berada di sebelah kanan.

Turut kelihatan kelibat pemandu uji X90 (VX11) yang sedang berhenti seketika di tepi jalan. Video kali juga juga memperlihatkan bahagian hadapannya dengan lebih jelas.

Antara yang boleh dilihat adalah tiga unit lampu kabus jenis LED yang disusun secara berlapis pada penjuru bampar dan logo yang ditutup itu pula seakan-akan berbentuk bulat.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Ada kemungkinan unit ujian kali ini telah menggunakan versi Proton yang sebenar, bukan lagi Geely Haoyue. Jika ia benar, perubahan yang dibuat oleh pereka Proton pada model crossover MPV sulungnya ini sangat minimal.

Kembarnya di China kini telahpun memasuki fasa facelift dan dikenali sebagai Geely Haoyue L. Ukurannya dimensinya juga turut bertambah, 25mm lebih panjang berbanding dengan Haoyue (X90) versi standard.

Ejen perisik Mat Bond berkata, mengikut jadual asal, X90 (VX11) bakal dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2023, manakala sebuah lagi model baharu, iaitu sedan S50 (SS11) akan tiba pada hujung tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply