ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET lanjutkan Pakej Pelancaran Istimewa Proton e.MAS 7 kepada 6,000 pelanggan

Berita Tempatan

Views

PRO-NET telah melanjutkan pakej pelancaran istimewa untuk Proton e.MAS 7 berikutan sambutan ‘luar biasa’ daripada rakyat Malaysia dengan lebih 3,000 tempahan berjaya diperoleh dalam masa kurang daripada sebulan selepas pelancarannya.

Sebagai EV sulung nasional, e.MAS 7 telah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan gabungan inovasi, prestasi, dan praktikaliti.

PRO-NET akan melanjutkan pakej pelancaran istimewa serta rebat harga sebanyak RM4,000 kepada 3,000 pelanggan berikutnya, menjadikan jumlah keseluruhan 6,000 tempahan layak menikmati tawaran eksklusif ini.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Pelanggan yang layak akan menikmati tawaran eksklusif yang sama, termasuk rebat sehingga RM4,000 untuk e.MAS 7 dan lima pakej pelancaran.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan, dan komited untuk menjadikan kereta elektrik pertama Malaysia lebih mudah diakses kepada semua.

Di bawah tawaran lanjutan ini, 6,000 tempahan pertama akan menikmati rebat RM4,000. Berikut adalah senarai varian dan harga bagi Proton e.MAS 7:

VarianSemenanjung MalaysiaSabah & Sarawak
e.MAS 7 PrimeRM 105,800RM 108,800
e.MAS 7 PremiumRM 119,800RM 122,800

 

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Selain itu, Pakej Pelancaran istimewa ini akan kekal sebagai sebahagian daripada pakej lanjutan yang merangkumi:

  • Power Home: Pengecas 7kW Home Charger percuma bernilai RM 1,500
  • Power Plus: Adaptor V2L percuma bernilai RM 500
  • Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800
  • Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun dan jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun atau 160,000km
  • Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200

Tempahan kini dibuka di semua pengedar Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web Proton e.MAS. Aplikasi Proton e.MAS, juga boleh dimuat turun di gedung aplikasi utama.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply