ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tesla mula serahkan Model Y kepada pelanggan di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Tesla hari ini memulakan serahan kenderaan utiliti sukan elektrik (SUV) keluarannya, iaitu Model Y di Malaysia. Para pelanggan mula menerima Model Y mereka di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya dan lebih banyak penyerahan akan dibuat tidak lama lagi.

Untuk pasaran Malaysia, Model Y didatangkan dalam tiga varian dengan harga bermula dari:

  • Model Y (Pacuan Roda Belakang) – RM200,700
  • Model Y Long Range (Dwimotor Pacuan Semua Roda) – RM247,700
  • Model Y Performance (Dwimotor Pacuan Semua Roda) – RM289,700

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model Y merupakan SUV elektrik terlaris di dunia dan salah sebuah kereta paling selamat di jalan raya dengan penarafan 5-bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu, Pearl White Multi-CoatSolid BlackMidnight Silver MetallicDeep Blue Metallic dan Red Multi-Coat.

Pelanggan yang memilih warna Solid BlackMidnight Silver MetallicDeep Blue Metallic perlu membayar tambahan RM 5,000, manakala untuk warna Red Multi-Coat pula akan dikenakan caj tambahan RM 10,000.

Pilihan warna standard bagi ruang kabin pula adalah hitam, manakala pilihan warna dwitona (hitam/putih) turut ditawarkan dengan bayaran tambahan RM5,000.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Model ini ditawarkan dengan dua pilihan saiz rim, iaitu Gemini Wheels bersaiz 19-inci dan Induction Wheels bersaiz 20-inci dengan tambahan harga RM10,000.

Ia juga ditawarkan dengan ciri tambahan seperti Enhanced Autopilot yang merangkumi fungsi Navigate on AutopilotAuto Lane ChangeAutoparkSummon dan Smart Summon pada harga RM16,000.

Selain itu, SUV saiz sederhana ini didatangkan dengan bumbung semua sepenuhnya, ciri keselamatan aktif dan sistem penapisan udara zarah berkecekapan tinggi (HEPA).

Menurut Tesla, orang ramai kini boleh mencuba Model Y dan Model 3 elektrik sepenuhnya di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya dan juga di Pusat Pengalaman Pavilion Damansara Heights.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply