ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada ABS dan ESC pada model Perodua Axia E, Ka Siong lahirkan kebimbangan

Berita Tempatan

Views

Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong hari ini melahirkan kebimbangan beliau berhubung spesifikasi kenderaan mampu milik, Perodua Axia E yang mungkin kurang daripada ciri keselamatannya.

Ka Siong berkata, soal keselamatan dalam kenderaan konsep ‘Rahmah’ itu tidak seharusnya dipandang rendah semata-mata kerana mahu menjadikan ia mampu milik.

Walaupun kenderaan mampu milik ditawarkan dengan harga serendah RM22,000, namun ia perlulah dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik (ESC) demi keselamatan pengguna dan orang ramai.

Beliau memuji pengeluar kenderaan yang sentiasa memikirkan keperluan dan memahami kesukaran rakyat dengan mengeluarkan kenderaan mampu milik, namun janganlah kita berkompromi apabila ia menyentuh soal keselamatan pemandu, penumpang termasuk pengguna jalan raya yang lain.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Tambahnya, spesifikasi tertentu seperti ABS, ESC dan Agihan Brek Elektronik (EBD) tidak boleh diketepikan sama sekali hanya kerana mahu menjadikan kenderaan tersebut sebagai ‘kereta rahmah’.

Menurut Presiden MCA itu, mengurangkan spesifikasi keselamatan kenderaan semata-mata untuk membantu keluarga berpendapatan rendah bukan caranya, sebaliknya kerajaan perlu tampil dengan ‘banyak cara’ lain.

Jelas beliau, kajian telah menunjukkan bahawa ESC dan ‘teknologi anti-gelincir’ lain bagi kenderaan boleh menghalang kira-kira 40 peratus kematian dan pelanggaran daripada kemalangan akibat hilang kawalan.

Itulah sebabnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pentadbiran Tan Sri Liow Tiong Lai sebagai menteri sebelum ini mewajibkan semua kereta baharu memiliki ESC mulai 1 Jun 2018.

Sejak berdekad, ABS dan ESC terbukti sebagai teknologi penting yang dapat mengurangkan kemalangan. Semakin hari, kos untuk ciri ini juga telah berkurangan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ingatlah bahawa kenderaan yang tidak selamat bukan sahaja membahayakan pemandu tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Jadi, beliau berharap Perodua melihat semula model terbaharu Axia E yang didatangkan tanpa ciri keselamatan seperti ABS, EBD, dan ESC tersebut. Malah ‘central lock‘ untuk mengunci keempat-empat pintu kenderaan secara automatik juga tiada dalam model ini.

Beliau difahamkan bahawa spesifikasi Axia E adalah berdasarkan kelulusan yang diberikan di bawah ASEAN NCAP pada tahun 2014. Tetapi zaman telah berlalu, dan kita mempunyai pengetahuan serta kepakaran yang lebih baik dalam bidang ini.

Ka Siong menegaskan, kekurangan ciri keselamatan asas boleh menjadi rujukan akan datang yang membimbangkan untuk kenderaan kos rendah, malah tidak mustahil pengilang akan menggunakan ini sebagai alasan untuk mengabaikan ciri-ciri keselamatan yang paling asas.

Semasa beliau menjadi Menteri Pengangkutan, pihaknya mewajibkan ABS untuk motosikal atas 150cc. Soalnya, adakah pengeluar akan mencari jalan untuk mengurangkan lagi kos motosikal baharu dan menghapuskan ABS?. – MalaysiaGazette

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit tarc.edu.my

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply