ARKIB

KATEGORI

Buletin

Suzuki lancar V-Strom 800DE dan GSX-8S – CBU dari Jepun, harga istimewa untuk 50 unit terawal

Berita Tempatan

Views

Suzuki Motor Sdn. Bhd. (SMSB) melancarkan dua model terbaharunya, iaitu Suzuki V-Strom 800DE dan Suzuki GSX-8S ke pasaran Malaysia.

V-Strom 800DE didatangkan dengan dua pilihan warna, Champion Yellow No. 2 dan Glass Mat Mechanical Gray. Model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu ditawarkan pada harga istimewa RM60,800.

Namun ia terhad kepada 50 unit pertama sahaja, serta didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

GSX-8S pula ditawarkan dengan tiga pilihan warna, Pearl Cosmic Blue, Pearl Tech White dan Metallic Mat Black No. 2 / Glass Sparkle Black.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ia turut ditawarkan pada harga istimewa RM50,800 dan terhad untuk 50 unit pertama sahaja, bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km.

Kedua-dua model ini berkongsi enjin berkembar selari (parallel twin) bersesaran 776 cc dengan sistem Suzuki Cross Balancer dan rekaan aci engkol berkedudukan 270 darjah.

Enjin ini dikatakan mampu menjana 84.3 kuasa kuda pada 8,500 rpm dan 78 Nm daya kilas pada 6,800 rpm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi enam kelajuan dengan Suzuki Clutch Assist System (SCAS).

V-Strom 800DE merupakan motosikal kembara yang menggunakan sistem suspensi yang dibekalkan oleh Showa dengan lejang dan jarak tunggang yang lebih panjang pada bahagian depan dan belakang.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Ia dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 20 liter. Motosikal ini turut dilengkapi sistem elektronik Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) dengan Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Quickshifter dua arah, pendikit elektronik Ride-by-Wire dan Suzuki Traction Control dengan mod Gravel.

GSX-8S pula adalah motosikal ‘naked’ saiz sederhana yang dilengkapi dengan tiga mod Kawalan Cengkaman. Ia turut dipasang dengan sistem suspensi jenis fork terbalik 41 mm dan penyerap hentak tunggal dari Kayaba.

Sistem breknya terdiri daripada cakera bersaiz 310 mm (hadapan) dan 240 mm (belakang), bersama angkup brek keluaran Nissin.

Model ini dilengkapi dengan adalah paparan TFT LCD digital bersaiz lima inci yang memberikan pelbagai informasi kepada penunggang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Suzuki V-Strom 800DE

Suzuki GSX-8S

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply