Sejak dibuka untuk tempahan pada 23 Jun lalu, Perodua setakat ini telah menerima lebih 30,000 tempahan bagi model Alza serba baharu (D27A). Ini merupakan tempahan tertinggi dalam sejarah jenama tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pencapaian ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah para pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang akan tamat tempoh pada 30 Jun 2022.
Tambah beliau, daripada lebih 200,000 tempahan yang pihaknya terima buat masa ini, hampir 15 peratus adalah model Alza serba baharu.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran rasmi Alza serba baharu, yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co, Encik Soichiro Okudaira.
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
Beliau juga berkata faktor lain adalah daya tarikan nilai keseluruhan pakej model ini, termasuk ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti 6 beg udara, ciri Bantuan Keselamatan Termaju, tawaran digital yang dipertingkatkan, ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.
Datuk Zainal berkata hampir 4,000 pelanggan telah menukar tempahan Perodua Alza mereka kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi.
Kata beliau, mulai hari ini, beberapa pelanggan akan menerima Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan sah di seluruh negara.
Selain itu, pihaknya memberi jaminan kepada para pelanggan yang menempah model ini pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
Alza serba baharu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insuran).
Mengenai pembangunan Alza serba baharu, Datuk Zainal berkata syarikat itu melabur RM770 juta untuk membangunkan model tersebut sejak April 2018.
MPV tujuh-tempat duduk ini dibangunkan bersama di bawah Seni Bina Global Baharu Daihatsu (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co.,Jepun.
Perkongsian ini membolehkan Perodua dan para pembekalnya bekerjasama dengan Daihatsu untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan kos pembangunan model baharu.
Beliau berkata, Alza serba baharu adalah model kedua dibangunkan di bawah DNGA selepas Ativa, yang diperkenalkan pada Mac 2021.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
KOMEN TERKINI