ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada lagi caj 50 sen untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go di 27 stesen Shell sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat pelanggan Shell, Touch ‘n Go dan pengguna kad Lebuhraya Utara-Selatan! Shell Malaysia mengumumkan berkuatkuasa hari ini caj RM0.50 untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go akan dikecualikan di 27 buah stesen minyaknya di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzani Husain berkata, mereka amat memahami cabaran rakyat Malaysian yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup. Pihaknya juga tahu betapa sukarnya untuk berjimat sekiranya ada kenaikan perbelanjaan harian seperti makanan, pengangkutan, utiliti dan pendidikan yang merupakan bahagian terbesar dalam perbelanjaan.

JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Beliau berharap dengan menghapuskan caj tambah nilai kad Touch ‘n Go di semua stesen Shell di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan bakal memberikan pelanggan satu kelegaan semasa dalam perjalanan atau mengisi minyak. Shell Malaysia sentiasa memikirkan cara dan kaedah untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan mereka.

Sepanjang 2019, Shell melancarkan beberapa kempen yang memberikan hadiah-hadiah menarik seperti kereta hingga ke mata kesetiaan. Pada bulan September tahun lalu, Shell memberikan tiga buah BMW X3 xDrive30i Luxury menerusi kempen WIN 3 BMW X3.



JOM BACA >> Proton V70 – Pengganti Exora dijelmakan dalam bentuk 3 dimensi

Keriangan diteruskan apabila Shell memberikan 10x ganda kutipan mata BonusLink dengan pembelian setiap 1 liter bahan bakar dan menawarkan 50 peratus rebat untuk penebusan mata BonusLink pada 12 Disember 2019 yang merupakan antara inisiatif yang dibuat pada tahun lepas.

Kempen ‘Nak Ekstra RM20,000?’ yang kini sedang berlangsung sehingga 9 Februari 2020, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi hadiah utama mingguan berupa wang tunai RM20,000 dan 20 hadiah saguhati sebanyak RM1,000. Pemberian tunai ini disasarkan kepada rakyat Malaysia untuk memenuhi kehendak dan impian mereka bersama yang tersayang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nak bagi alasan lewat datang kerja, kantoi hantar gambar edit tayar pancit kena paku
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply