ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gadis Sarawak pemenang ketiga peraduan ‘Win 3 BMW X3’

Berita Tempatan

Views

Nampaknya ‘angan-angan’ pemegang kad BonusLink yang masih berharap untuk membawa pulang BMW X3 boleh terus dilupakan kerana pemenang terakhir peraduan ‘Win 3 BMW X3’ telah pun diumumkan semalam. Menerusi hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, BonusLink mengumumkan Cik Zaliza Binti Amin dari Sarawak muncul sebagai pemenang utama yang ketiga dan terakhir peraduan tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Lynk & Co 03+ dikesan sekitar Kuala Lumpur

Hadiah telah disampaikan oleh wakil-wakil dari Shell dan BonusLink dalam satu upacara yang berlangsung di Stesen Shell Lambir, Miri, Sarawak petang semalam. Kata Zaliza, meleret kad BonusLink menjadi salah satu rutin hariannya semasa mengisi minyak di Shell tetapi memenangi BMW sememangnya sangat sukar untuk dipercayai!

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Tambah Zaliza, sebenarnya beliau mengambil masa berfikir untuk bersetuju menerima hadiah tersebut, namun bersyukur dan gembira. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada BonusLink dan Shell kerana pengalaman ini. Untuk melihat senarai lengkap pemenang ‘Fasa Ke 3’ ketik pautan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply