ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda dan LG umum pembinaan kilang bateri di Amerika Syarikat, pengeluaran dijangka bermula pada 2025

Berita Global

Views

Honda kini sedang merancang untuk memperkenalkan lebih banyak model kenderaan elektrik (EV) pada masa depan dan untuk itu, mereka telah mengadakan kolaborasi bersama gergasi teknologi dari Korea Selatan, LG untuk membina kilang bateri baharu di Amerika Syarikat.

Kilang giga bateri itu mempunyai kapasiti tahunan 40 GWh dengan nilai pelaburan sebanyak $4.4 bilion (RM19.735 bilion). Bateri jenis-kantung lithium-ion yang bakal dihasilkan di kilang itu nanti adalah eksklusif untuk kegunaan model EV keluaran Honda dan Acura untuk pasaran Amerika Utara.

Apa yang menarik, sasaran kapasiti tahunan 40 GWh itu adalah sama dengan kilang bateri Kumpulan VW di Valencia, Sepanyol. Buat masa ini, lokasi sebenar kilang bateri tersebut masih lagi belum dimuktamadkan,

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Dijangka pembinaan kilang bateri itu dijadualkan bermula pada awal 2023. Jika segalanya mengikut perancangan, pengeluaran sel bateri lithium-ion itu akan bermula pada penghujung tahun 2025.

Sebelum ini Honda telah mengesahkan bahawa mereka telah menghasilkan tiga pelantar khusus untuk EV yang akan menjadi asas kepada 30 model eletrik baharu menjelang 2030.

Calon terbaik untuk bateri yang dihasilkan di kilang baharu itu adalah dari Honda e: Architecture, yang akan digunakan untuk pelbagai model bersaiz penuh untuk pasaran Amerika Utara bermula dari tahun 2026.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Secara keseluruhan, Honda menyasarkan pengeluaran tahunan EV mencecah 750,000-800,000 unit di Amerika Utara menjelang 2030.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LG Energy Solution, Youngsoo Kwon, kerjasama antara pihaknya dengan Honda merupakan satu lagi sejarah dalam strategi jangka sederhana-ke-panjang mereka utuk mempromosikan elektrifikasi ke pasaran Amerika Utara yang sedang berkembang pesat.

Bagi Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Wakil Pengarah Honda, Toshihiro Mibe pula, pihaknya begitu komited kepada perolehan bateri EV secara tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply