ARKIB

KATEGORI

Tular

Tidak kenal erti putus asa – Paten reka bentuk pembesar suara McLaren Senna ini terpahat nama anak Malaysia!

Tular

Views

Kami rasa mungkin ramai yang telah mengetahui kisah kejayaan seorang anak Malaysia bernama Ruslin Tamsir yang berjaya menghasilkan reka bentuk pembesar suara McLaren Senna yang ketika ini sedang tular di media sosial. Apa yang membanggakan paten reka bentuknya itu telah pun diterbitkan oleh Pejabat Paten Eropah pada 21 Oktober tahun lalu.

Menurut Ruslin Tamsir, beliau berusaha keras untuk mencipta konsep “Mounting Arrangement For A Loudspeaker Grille: “Invisible” Locking Feature for Carbon Fiber Speaker Grille” yang menggunakan teknik pemasangan seperti tanggam atau pasak tanpa menggunakan sebarang skru atau sebagainya.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Pada mulanya beliau agak skeptikal dengan ciptaannya yang mungkin sukar untuk menembusi pejabat paten. Kata bekas pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Jasin, Melaka ini, disebabkan tempoh masa projek tersebut agak kritikal, beliau telah mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk membangunkan konsep yang membolehkan pembesar suara itu dipasang tanpa sebarang pengikat.

Tambahnya, kelongsong pembesar suara itu diperbuat daripada bahan gentian karbon telah menyebabkan kesukaran untuk mengawal ketepatan dan toleransinya. Meskipun prototaipnya gagal beberapa kali untuk memuaskan hati pihak McLaren, namun beliau tidak mengalah dan akhirnya konsep tersebut telah berjaya diterima dan sedia untuk pengesahan serta ujian.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Konsep ini juga terbukti dan diiktiraf di bawah peraturan IATF-16949. Maka dengan itu terhasilnya, pembesar suara dari jenama Bowers & Wilkins dengan Penciap (Tweeter) Kubah Berlian 25mm dan Kon Kevlar Sederhana 100mm yang digabungkan di dalam kelongsong gentian karbon.

Kini reka bentuk pembesar suara telah digunakan pada McLaren Senna yang hanya ada 500 unit sahaja di dunia dengan harga mencecah RM4 juta. Menurut portal TheVocket, Ruslin telah kembali ke Malaysia dah menubuhkan syarikat MQ Finique di mana beliau berperanan sebagai Pengarah Urusan.

Moral dari kisah ini adalah jangan sesekali putus asa dan terus mencuba! Kata Ruslin, anda hanya nampak potensi sebenar diri anda selepas berjaya. Syabas kami ucapkan kepada beliau, semoga kisah ini memberi inspirasi kepada semua di luar sana.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ruslin Tamsir

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply