ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Kelibat unit ujian GAC Trumpchi GS3 Power 2021 dikesan dari jarak dekat

Foto Intip

Views

Nampaknya semakin kerap unit ujian berceloreng GAC Trumpchi GS3 Power 2021 pemanduan kanan (RHD) ‘merewang’ di jalan raya ketika ini. Petang tadi, rakan pembaca yang mahu identitinya dirahsiakan telah terserempak dengan kelibat model tersebut di sekitar USJ.

Pada mulanya dia agak musykil dan terkeliru kerana menganggap model ini sebagai Perodua D55L. Dalam artikel terdahulu, kami pernah menyiarkan foto intip pertama model ini yang telah di kesan sekitar Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Kali ini, kita boleh melihat dengan lebih jelas unit yang diuji meskipun masih sarat dengan pelitup celoreng. Jika diperhatikan bentuk jeriji, lampu depan dan lampu siangnya (DRL), ia agak berbeza dengan versi GS3 2021 yang telah berada di pasaran Filipina. Ia lebih mirip kepada versi GS3 Power di pasaran China yang lebih sporty.

Di pasaran Filipina, GS3 dikuasakan oleh dua pilihan enjin petrol yang menepati piawaian Euro 5. Varian yang lebih rendah dikuasakan oleh enjin aspirasi normal 1.5L DCVVT yang menghasilkan 113 kuasa kuda dan 150 Nm daya kilas, manakala varian yang lebih tinggi pula dijana oleh enjin 1.3 L I4 turbo yang menghasilkan 136 kuasa kuda dan 202 Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Kedua-dua penjana ini digandingkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik dan dipacu oleh roda hadapan. Selain itu GS3 turut dilengkapi dengan stereng kuasa elektrik. Di Filipina, GS3 dijual dengan tanda harga bermula dari P888,000 (RM74,816) hingga P1,058,000 (RM89,139).

Tahun lalu rakan media di WapCar.my telah mendedahkan yang Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GAC Motor dari China. MoU tersebut adalah bagi menilai kemungkinan TCMH untuk mengedarkan kenderaan GAC untuk pasaran Malaysia dan Vietnam.

KLIK UNTUK BESARKAN

GAC Trumpchi GS3 Power 2021

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply