ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga minit je, Toyota Hilux dilarikan penjenayah

Berita Tempatan

Views

Dalam masa tiga minit, sekumpulan penjenayah dirakam melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik seorang lelaki yang diparkir di hadapan kediamannya di Taman Desa Indah, Putra Nilai, di sini, awal pagi kelmarin.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, seorang suspek dilihat mendekati Toyota Hilux manakala salah seorang daripada mereka menunggu di dalam kereta.

Pemilik kenderaan, S Dinend, 26, berkata, daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumahnya, pencuri itu dilihat sangat mahir kerana hanya mengambil masa tiga minit untuk menghidupkan kenderaan tanpa mengeluarkan bunyi penggera.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Katanya, ketika kejadian dia sedang tidur dan hanya menyedari pacuan empat roda itu dilarikan selepas dimaklumkan melalui panggilan telefon daripada pusat khidmat pelanggan Toyota.

Toyota Hilux miliknya itu memiliki sistem penggera dan pengesanan kedudukan global (GPS). Pusat khidmat memaklumkan kenderaannya mungkin dilarikan sebelum dia memeriksa di luar rumah.

Dinend berkata, dia kemudiannya memeriksa CCTV dan mendapati sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna kelabu berhenti di hadapan Toyota Hilux miliknya sebelum seorang lelaki dilihat keluar dan menghampiri kenderaan itu.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Tambah Dinend, daripada rakaman, kumpulan ini sangat mahir melakukan kerja mencuri kereta. Dia kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Nilai, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim memaklumkan nombor pendaftaran Honda Civic yang digunakan suspek adalah palsu.

Pihaknya menerima laporan daripada mangsa dan kini sedang melakukan siasatan untuk memburu suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rheenha Selvi

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply