ARKIB

KATEGORI

Tular

Nak elak kesesakan, sekali Waze tunjuk ‘jalan pintas’ penuh semak-samun dah…

Tular

Views
@rozlynrozularPedih seorang perantau setiap kali balik raya 🥹♬ Loh Eh Eh Kocak

Sebuah keluarga terpaksa meredah hutan gara-gara menggunakan jalan pintas menerusi aplikasi ‘Waze‘ ketika pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidiladha baru-baru ini.

Menerusi perkongsian klip video di media sosial rozlynrozular, beberapa kenderaan lain turut dilihat menggunakan laluan tersebut sebagai jalan alternatif bagi mengelak kesesakan.

Bagaimanapun, tindakan tersebut yang disangka memudahkan perjalanan disifatkan tidak membantu apabila laluan itu dilihat agak sempit serta dikelilingi dengan semak samun.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Menurut rozlynrozular, dia sekeluarga terpaksa mengharungi perkara itu selepas menempuh perjalanan selama 11 jam dari Sungai Buloh ke Machang, Kelantan.

“Pedih seorang perantau setiap kali balik raya. Sungai Buloh Ke Machang dari pukul 4 pagi sehingga 3 petang. Jalan pintas apa yang ‘Waze’ beri?,” katanya di ruangan kapsyen video.

Sehubungan itu, rata-rata ramai berkongsi nasib yang sama ketika cuba menggunakan jalan pintas yang diberi alat navigasi berkenaan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

“Tadi saya pun lalu kebun getah dalam perjalanan balik kampung dari Pasir Puteh, Kelantan ke Perak,” kata Sahara.

“Guna ‘Google Map‘ , dia bagi jalan yang ada trafik dan selalu kereta guna. Guna ‘Waze’ memang jalan macam ini lah dapat,” ujar Riza.

“Aku pernah kena benda yang sama. Dia suruh aku seberang sungai sebagai jalan pintas. Memang gila,” luah Sharimah. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply