ARKIB

KATEGORI

Tular

Tengah berlatih sempena perarakan Thaipusam rupanya…

Tular

Views

Kereta lembu yang ditunggang tiga lelaki di Jalan Serdang Perdana sehingga tular di media sosial sebenarnya sedang berlatih untuk perarakan upacara keagamaan Hindu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pada jam 7 malam ini, anggota kaunter aduan trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang terima maklumat berkaitan satu video yang sedang tular di media sosial Facebook.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Menurutnya, video yang disiarkan membabitkan sebuah kereta lembu yang ditunggang oleh tiga lelaki di Jalan Besar, Seri Kembangan. Siasatan awal yang dijalankan mendapati ia dirakam pada jam 10 pagi Isnin lalu dan tular di media sosial.

Menurut pemilik kereta lembu terbabit, ia ditunggangi oleh tiga lelaki yang sedang berlatih untuk perarakan upacara keagamaan Hindu.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Beliau berkata, perarakan itu dijangka bermula bermula Februari sempena Thaipusam. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 11 (c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Di samping itu, tuan punya kereta lembu terbabit juga sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seri Kembangan pada hari ini untuk menceritakan kejadian itu.

Tambanhnya, pihak polis ingin menasihatkan pengguna jalan raya yang menggunakan sebarang binatang di jalan awam mematuhi undang-undang supaya tidak membahayakan pengguna lain. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit 我们是马来西亚人 We are Malaysians

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply